Salam hai...
Ini entry ketiga aku dan aku nak ucap selamat berpuasa kepada pembaca blog aku.Ini tahun kedua aku sambut puasa di butik Niqavie.Banyak pengalaman yang aku lalui terutama untuk mereka yang pilih bulan ramadhan sebagai waktu mula berhijrah.
Aku selalu sebak bila tengok yang datang butik itu semua cakap macam 'Akak nak berubah', 'Akak nak belajar tutup aurat'.Dan macam-macam lagi yang maksudnya mereka nak jadi manusia baik.Mereka nak turut perintah Allah.Mereka nak kembali pada fitrah dan mereka mahu sama-sama ke syurga.ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜
Aku rasa,besarnya hidayah milik Allah.Aku rasa kerdilnya diri ini.Dan aku rasa semua orang nak jadi baik cuma mereka belum ada taufik serta sokongan dari kawan-keluarga.Kalau korang baca blog ini dan korang rasa nak berhijrah,aku berbesar hati nak tolong dan kongsi apa yang patut.Kalau korang baca blog ini dan korang rasa selama ini suka pandang negatif pada orang yang nak berhijrah aku rasa korang bolehlah juga berhijrah dari jadi maksum.Bagilah manusia harapan tentang hidayah dan kasih sayang Allah.Bagilah manusia kenal betapa Allah itu Maha Pengampun seperti mana Allah ampunkan dosa-dosa kita.
Bab seterusnya aku akan cerita tentang kisah hijrah.Bulan ramadhan butik Niqavie tutup awal jadi kami boleh pergi terawih,syookkan.
Sebab itu aku sayang sangat kerja disini.
Boleh beri aku keselesaan bekerja,boleh beribadah dan tambah nilai orang lain.
Selamat berpuasa ye 😘😘🎉🎉
No comments:
Post a Comment