Thursday, 9 June 2016

Bulan Ramadhan di butik niqab Niqavie

Salam hai...

Ini entry ketiga aku dan aku nak ucap selamat berpuasa kepada pembaca blog aku.Ini tahun kedua aku sambut puasa di butik Niqavie.Banyak pengalaman yang aku lalui terutama untuk mereka yang pilih bulan ramadhan sebagai waktu mula berhijrah.

Aku selalu sebak bila tengok yang datang butik itu semua cakap macam 'Akak nak berubah', 'Akak nak belajar tutup aurat'.Dan macam-macam lagi yang maksudnya mereka nak jadi manusia baik.Mereka nak turut perintah Allah.Mereka nak kembali pada fitrah dan mereka mahu sama-sama ke syurga.😭😭😭

Aku rasa,besarnya hidayah milik Allah.Aku rasa kerdilnya diri ini.Dan aku rasa semua orang nak jadi baik cuma mereka belum ada taufik serta sokongan dari kawan-keluarga.Kalau korang baca blog ini dan korang rasa nak berhijrah,aku berbesar hati nak tolong dan kongsi apa yang patut.Kalau korang baca blog ini dan korang rasa selama ini suka pandang negatif pada orang yang nak berhijrah aku rasa korang bolehlah juga berhijrah dari jadi maksum.Bagilah manusia harapan tentang hidayah dan kasih sayang Allah.Bagilah manusia kenal betapa Allah itu Maha Pengampun seperti mana Allah ampunkan dosa-dosa kita.

Bab seterusnya aku akan cerita tentang kisah hijrah.Bulan ramadhan butik Niqavie tutup awal jadi kami boleh pergi terawih,syookkan.
Sebab itu aku sayang sangat kerja disini.
Boleh beri aku keselesaan bekerja,boleh beribadah dan tambah nilai orang lain.

Selamat berpuasa ye 😘😘🎉🎉

Friday, 3 June 2016

Pakai Niqab Niqavie

Salam...hai ini entry aku kali kedua.

Terus terang aku buta blog sampailah aku jumpa seseorang yang bagi inspirasi tentang dunia blogging.Aku bersyukur sangat dan selama ini kalau aku nak tahu sesuatu aku tanya google je dan lastnya banyaklah senarai blog yang akan muncul menjawap persoalan aku.hiks...rasa blog ini bagus sangat.Banyak membantu menambah nilai hidup orang lain termasuk aku.

Dulu masa mula-mula aku nak pakai niqab susah nak jumpa orang jual.Sebelum Niqavie buka butik niqab Niqavie di Malaysia belum ada lagi butik niqab yang betul-betul butik untuk  pilihan niqab.Aku nak beli kena beli online,harga pun boleh tahan.Bila sampai,aduh kecewa sangat.Sebab itu aku rasa bagusnya kalau ada butik atau syarikat niqab,heaven aku nak shopping.hehe...now aku dah banyak niqab dan sudah tentu aku pakai niqab dari butik niqab Niqavie.Bagi aku,gaji aku yang tak seberapa ini boleh dan kira mampu untuk kumpul koleksi dari butik niqab Niqavie.

Yang aku suka butik niqab Niqavie,ada banyak pilihan.Well dah nama pun butik,banyak pilihan dari segi material.Dari segi design,dari segi warna dan dari segi isi poket ini aku suka.
Kalau poket aku kering beli jenis basic sebab murah gillerr...kalau buat sale Niqab Half atau orang biasa kata purdah tu baru RM3.Mak aiii..
Kalau aku banyak duit,aku suka grab yang exklusif.Sebab material memang ohsem! Bukan sekadar iklan gempak je. Lembut seperti Yaman,ada box comel lagi.Nampak lebih exklusif dengan tag label emas.Harga setanding kualiti orang kata.VVIP memang suka sangat...
Dan kalau korang nak sederhana.Harganya mampu milik,materialnya tetap selesa baik pilih jenis classic je.Pilihan warna dan design pun boleh buat mata rambang.Boleh kata 99% design pasaran dan material ada dibutik niqab Niqavie 😍😍😍😍

Aku suka pakai dan share pada orang...semoga jadi saham pahala untuk aku.amin


Tentang Aku

Salam semua...

Sebelum itu perkenalkan diri,nama aku Mas.Orang panggil kak mas,kalau waktu kerja orang panggil Puan Mas.Lahir tahun 1990 jadi tekalah sendiri berapa umur..hiks.
Aku kerja di beberapa buah syarikat termasuk syarikat Niqabi Centre Sdn Bhd milik butik niqab Niqavie.Dan antara kerja aku adalah update blog Niqavie.😂😂😂
Bantulah aku demi sesuap nasi...

Aku bahasakan nama 'aku' sebab aku original Sabahan.Jadi akulah orang Sabah.hiks..awak nak guna kau aku pun boleh,saya awak pun boleh.Tapi aku cuma biasa guna aku,kalau guna saya rasa macam pelat pula.😂😂

Aku sudah khawin,nama suami tercinta Mohd Safuan asal Kelantan.Anak sulung perempuan yang comel Aisyah Humairah.Comel macam aku...hiks.

Okay jom kenalkan diri korang pula,lepas ini aku akan melalut sebanyak mungkin disini hilangkan stress kerja. Aku haraf korang sudilah temani aku dan rajin follow serta komen ye.
😘😘

'Niqavie Pionner Malaysian Niqab'